Anwar Ibrahim

Dato Seri Anwar Ibrahim akan bersolat terawih bersama rakyat Bandar Tun Razak esok malam. Sila datang beramai-ramai ke Madrasah Asy-Syakirin.

Lihat poster Dato Seri Anwar ini.

Ijok

Ramai jemaah cerita tentang Ijok bila ke Surau. Kebanyakan mereka adalah peyokong Keadilan. Mereka sanggup pergi ke sana ketika hari pencalonan. Seperti biasa, penyokong UMNO senyap saja. Mereka mati kutu ketika ditanya kenapa orang Melayu sanggup gadai Ijok. Lagi panas kalau ditanya tentang bagaimana UMNO gadai Singapura. Tanah Melayu sudah lama digadai. Yang tinggal hanyalah KTM. Bagi penduduk Sri Kota, mereka sudah dua kali ditipu oleh UMNO. Ketika Parlimen Sg. Besi dulu hingga menjadi Parlimen Bandar Tun Razak, orang Melayu telah dua kali dijual oleh UMNO. Sekarang isu Ijok pula. Kalau orang UMNO masih lagi mejadi dayus, Ijok akan jatuh seperti Singapura. Mana ada pembangunan di Ijok? Hanya bila ada pilihanraya kecil, berjuta-juta masuk - kalau tidak jadi tempat Jin bertendang. Sebelum ini Ijok tidak  pernah masuk TV. Kalau wakil rakyat tidak mati, Ijok tentu lama dah mati. Betapa murahnya nilai UMNO di Ijok.

Majlis Maulid

Majlis telah di adakan di malam hari, hari Jumaat. Kumpulan Marhaban telah  menyampaikan selawat dan marhaban semperna Sambutan MaulidulRasul. Selepas itu jamuan disediakan untuk santapan semua jemaah yang hadir.

Mufti Perak

    Mufti Perak telah mengesa supaya cadangan untuk tanam Al-Quran di Kutub Utara dibatalkan. Al-Quran untuk dibaca, dikaji dan diamalkan BUKAN untuk ditanam. Apa faedahnya?  Kalau hendak bukti orang Islam sudah ada di Kutub Utara lebih baik kita tanam cerucuk besi - buat Masjid. Orang Islam perlu hijrah ke sana ramai-ramai dan buktikan orang Islam boleh majukan kawasan tersebut menjadi kota moden.

Perkahwinan

    Musim cuti ini ramai rakan membuat majlis kahwin anak. Saya telah menghadiri satu minggu lepas dan akan hadiri satu hari ini. Selepas isyak semalam saya dijemput ke majlis makan malam semperna perkhawinan anak seorang jemaah di Madrasah kami. Walaupun ini pertama kali saya mengenali beliau (tidak pernah bersua semasa solat di sini) saya terima jemputan kerana beliau menunggu kami selepas selesai solat sunat isyak. Kekadang saya sukar untuk pergi jika orang itu saya tidak kenali - melalui perjumpaan di Madrasah ini. Saya juga agak kecewa jika mereka hanya datang untuk jemput mebuat tahlil dan baca yassiin atau kenduri arwah tetapi liat untuk berjemaah.

Lalai

    Dah lamo den tak update blog ini kerana tugas yang lebih mencabar. Walau bagaimanapun, den pergi juga ke Madrasah untuk solat Isyak. Ada ketika dapat juga mendengar Ustaz memberi kuliah. Tetapi den dapati jemaah berkurangan kerana mungkin keadaan ekonomi yang agak lembab. Mereka lebih tumpu kepada perniagaan. Di BTR, ada yang berniaga dari pagi hingga malam. Mula-mula di pasar pagi, kemudian pasar petang terus hingga pasar Downtown. Tentu mereka tidak sempat hendak pulang ke rumah. Mereka mungkin solat di tempat berniaga.

Pembela

Lepas maghrib, seorang peguam telah memberi kuliah tentang perlembagaan Malaysia. Aku sungguh sedih bila aku dengar ada orang Islam jadi pengkianat dengan menyokong pihak tertentu yang cuba untuk memurtadkan anak-anak kita melalui perlembagaan. Kita jemaah yang ada telah menyahut seruan peguam tersebut dengan menandatangani kertas yang diedar sebagai menyatakan sokongan kami kepada usaha peguam-peguam Islam dan Ngo-ngo Islam. Kami telah juga menderma bagi menyokong pejuang-pejuang Islam yang sama-sama bekerja untuk mempertahan Islam dari dicerobohi oleh dalang-dalang kufar.

Nampak gaya umat Islam diserang di Palestin dan di Malaysia. Hanya senjata yang digunakan berlainan tetapi kedua-duanya sama bahaya. 

Anwar

Malam semalam selepas Maghrib Sdr Anwar telah memberi kuliah tentang isu semasa. Aku ketika itu berada di rumah. Keluarga aku komplain pembesar suara terlalu kuat sehingga tidak jelas apa yang Ustaz itu cakap. Aku harap AJK MAS perlu perlahankan sikit pembesar suara itu supaya lebih jelas butiran yang dicakapkan. Ustaz Anwar memang bagus kuliahnya. Ada cadangan supaya beliau dijemput untuk bulan Ramadhan akan datang.

Yaasin

Imam Afandi (Masjid Saidina Othman) telah memberi kuliah beliau dan membicara mengenai doa dan bacaan Yaasin. Anak-anak muda sekarang kurang berdoa untuk ibubapa mereka. Mereka perlu senantiasa membaca Al-Quran dan berdoa untuk ibubapa mereka yang telah pergi dahulu. Jangan hanya pada malam Jumaat saja. Dan ketika membaca Yaasin mestilah betul sebutan ayat-ayat mengikut tajwid. Jika tidak lain maknanya dan tidak mendapat manfaat. Ketika orang ramai sibuk dengan bolasepak, mereka perlu ambil kesempatan untuk solat tawajud, solat witir, solat taubat, solat tasbih dan bukan bangun pagi hanya untuk nonton pertandingan bolasepak Piala Dunia.

IFC

Kuliah hari menumpukan kepada IFC dan gerakan mereka untuk menghina Islam. Kejadian di Pulau Pinang pada Mei lepas perlu dijadikan iktibar kepada orang Islam. Jika ada pemimpin Melayu yang meyokong tindakan IFC mereka boleh dianggap munafik. Dan munafik perlu diperangi. Kita perlu membantah IFC kerana IFC musuh utama orang Islam. Jangan sampai negara kita jadi seperti Palestin atau Bosnia. Orang-orang Melayu yang menyokong sudah kita tahu sejarah mereka. Mereka senantiasa menghina hukum Islam. Mereka adalah kumpulan munafik, musuh dalam selimut.